PANTANG LARANG ORANG TUA-TUA

bbbbbAssalamualaikum bloggers
hari nie..Auni na bercerita pasal PANTANG LARANG ORANG TUA-TUA..
ha..korang mesty tau kan..contohnya..
anak dara tak boleh menyanyi kat dapur..nanty cepat tua..
korang percaya ke?? ha..nie Auni nak bagitau nie..
tu semua tak betul cuma ada maksud tersirat je..
maksud pantang larang tadi supaya bila korang masak..korang tak lalai..
sebab bila korang nyanyi..sibuk lah nak betulkan piching..
lepastu..lupa nak letak garam dalam masakan..yang lagi teruk nanti hangus pulak..

so jom view sikit pantang larang yang lain..


Pantang larangSebab pantang larang wujud
Jangan memukul, mendera atau mencederakan mana-mana binatang, dikhuatiri anak yang bakal lahir mengalami kecacatan.Bagi mengelakkan penganiayaan kepada haiwan.
Jangan mencaci atau menceritakan kecacatan, dikhuatiri anak yang bakal lahir juga akan cacat.Agar menjaga pertuturan agar tidak melukakan hati orang lain.
Jangan bergaduh dengan ibu mentua, dikhuatiri mengalami kesulitan ketika melahirkan anakBagi menjaga kenteteraman keluarga, terutamanya apabila tinggal bersama mertua selepas melahirkan anak.
Jangan melihat gerhana, dikhuatiri anak mendapat tompok hitam atau bermata juling.Melihat matahari sewaktu gerhana mampu menyebabkan mata menjadi buta.
Ibu hamil tidak boleh melintas bawah ampaian, nanti anak gagap.Disebabkan penyidai biasa rendah, dikhuatiri ibu hamil akan tersendung dan jatuh, dan boleh membahayakan kandungan
Dilarang (orang lelaki) kencing atas busut, dikatakan buruk kemaluanUntuk mengelakkan lelaki berkenaan ditegur makhluk halus ataupun penunggu busut berkenaan
Jangan duduk di atas bantal kerana dipercayai boleh naik bisulSupaya menjaga bantal daripada dipecah atau dikoyak, dan tidak sopan kalau perkakas yang digunakan untuk melapik kepala diletakkan di bawah punggung
Jangan bergendang dalam rumah, nanti harta habis dicuri oleh orangLarangan ini untuk mengelakkan bising di rumah, tambahan lagi bergendang (dengan mengetuk lantai rumah yang dibuat dari papan) boleh merosakkan barang-barang yang bergantung di dinding yang boleh jatuh dan pecah.
Jangan menjahit pada waktu senja, nanti mata engkau akan buta(a) Untuk menjaga kesihatan mata supaya tidak menjadi kabur dan rosak
(b) mengelakkan jarum daripada tercucuk tangan
Kalau makan nasi kena habiskan... kalau tidak nasi akan menangisini untuk mengelakkan berlakunya pembaziran
Anak dara jangan menyanyi di dapur, nanti kahwin dengan orang tua.untuk mengelak masakan hangus kerana leka menyanyi.




okay..dah tengok kan semua tu..kadang-kadang..semua pantang larang tu semua untuk zaman dulu-dulu..
contohnya jangan menjahit tengah malam..nanti mata buta..
bila fikir balik..orang dulu-dulu mana pakai lampu macam kita..
diorang tak guna lagi lampu candlier tu..
diorang guna pelita dengan lilin je..so susah lah nak nampak..
jadi..sebagai masyarakat timur yang penuh adat kemelayuan..kata-kata orang tua nie bagus untuk kita..
jadi..renung-renung kan sampai termenung..
sampai sini je entry hari nie..bye..

ASSALAMUALAIKUM

1 comment:

Wani said...

haha.
betuljugak ekk.
nice sharing :D