Rutin sebagai penganggu TERHORMAT berakhir tahun 2012

Assalammualaikum
tahun 2012 dah nak datang, so setakat ni ramai kawan-kawan auni dah mula keje. seronok je tengok dorang keje. buat masa sekarang auni tengah pujuk ayah supaya sponsor ujian lesen kereta untuk auni. hehehe. nampak nya usaha berhasil, jadi tengah tunggu untuk buat latihan je. masa mula-mula nak amek lesen tu adik auni cakap,

Adik: kak, nak amek lesen kereta kan?
Auni: yup, kenapa?
Adib: adik musykillah.
Auni: pahal plak nak musykil??
Adib: kaki kakak boleh sampai ke????
Auni: ..............????( jagalah ko dik..kalau kakak lulus, jangan harap nak bawa ko.)

You see that. erghhhh. adik-adik auni memang suka sangat buli auni. yelah kan, kakak dorang nie memang kecik 
kalau nak jalan dengan adik auni yang kedua tu memang kena pakai high heels 4 inci, sebab dia memang tinggi.
ok now cut all those story, hari ni auni nak cerita yang tahun depan auni dah mula keje..lalalalalalla. happy weh.
 so rutin harian sebagai penganggur bermula pada pukul 6.30 pagi. Seriously, memang malas tahap gaban lah kalau nak bangun pagi. mak auni akan ketuk pintu bilik tu sampai lah auni bangun.
bila dah bangun and still mamai pergi toilet, mandi lah weh. pastu solat subuh.
aktiviti seterusnya memang best lah kan sebab auni suka tidur lepas solat. yeah. lepas tu bangun je tido dalam pukul 8. and bermula tazkirah dari mak auni.hehehehe.
lepastu apa lagi, start buat keje rumah lah kan. basuh kain, jemur kain, basuh pinggan, sapu rumah, kemas bilik.
and keje-keje ni suma bukan lah auni buat sorang sebab kadang-kadang auni suruh adik auni buat.
hehehehe. barulah adil kan.

Tengah jari biasanya auni memang tak buat apa pun.just tengok tv je.
kadang-kadang auni kena masak sebab mak sibuk keje.
heheheh..selalunya kalau masak, auni tanya adik-adik nak makan apa. pastu nanti minta duet kat mak auni untuk beli barang.
lepastu apa lagi, masak lah kan. then lepas makan kitorang just bermalas-malas kat depan tv.
kalau petang pulak, auni suka jalan-jalan dengan adik sedara auni.

you see that baby? cute kan??


jadi lepas ni auni akan mula keje, tapi tak tahu lagi nak keje apa. so korang doa kan auni tau..
then, tahu 2012 ialah tahun single auni sebab auni dah malas nak bercintan-cintun nie.
buat sesak hidup je.
tapi auni and si dia still jadi kawan baik.
bye-bye kamu.
auni cakap ngan mak auni. kalau boleh auni nak calon suami auni biar mak auni yang cari.
hahahahaha.. boleh ke??

auni nak ucapkan selamat tahun baru to all my friend yang selalu komen-komen blog auni, terutama sekali Abang jonni yang selalu komen entry auni...thank you abang jonni.
and to my friend Ariena wah-wah..blog dah makin comel ye sekarang..
so thats all from me.
hope you guys enjoy reading my story.
bye guys.. SPREADING LOVE 

(ok auni memang suka buat muka cute ni. hahahhahah)




No comments: