Petua kecantikan...Jom Baca

Assalammualaikum..halluu readers sekalian, tengaha hari ni kan biasalah, lepas masak je mesti nak lepak depan PC. hahahahhaha..hari ni auni OFFDAY lah, so memang boleh lepak lama-lama sebab tak payah nak kelang kabut gosok baju kerja. jadi hari yang panas lagi cerah and terang benderang ni kan. Cik auni nak kongsi lah serba banyak tentang petua kecantikan.Actually auni ni pun bukan lah cantik sangat pun sampai korang wajib ikut petua ni. Auni cuma nak kongsi je. mana tau memang korang sangat-sangat perlukan.

Ok.lets start the petua....

Petua hilangkan JERAWAT- Susu tepung


1)Bancuh sesudu susu tepung dengan sedikit air. tepek pada keseluruhan muka setiap malam. Setelah kering, bilas dengan air suam. amalkan setiap hari
2) Ambil beberapa helai daun sirih dan tumbuk bersama beras hingga lumat campur sedikit dengan air dan tepek pada muka sebelum masuk tidur. Amalkan selalu

Petua cerahkan kulit muka- Lobak merah

Parut sebatang lobak merah dan satukan bersama kuning telur dan sedikit perahan limau nipis sehingga sebati.tepek pada muka dan leher. biarkan kering.Lepas tu bilas dengan air bersih.amalkan 3 kali seminggu

NEXT..

Petua untuk kulit berminyak

Ambil sebiji atau setengah biji lemon (baik guna setengah..jimat weh) lepastu perah sampai dapat jus lemon tu. Then, campur jus dengan putih telur dan kacau sebati (macam nak buat kek pulak...)
Jadikan masker kat muka. lepastu tunggu dalam 15 minit..then bilas muka amalkan selalu yer..


Segala petua ini boleh didapati di 101 Petua dan juga Google. pepandai lah kome search yer..tangan ni dah letih menaip. kalau kat 101 petua tu kan..macam-macam yang dia kongsikan dengan korang..dari hujung rambut ke hujung kuku kaki. Klik je. pastu baca. then amalkan. tak susah mana pun kengkawan. Cuma korang tu je yang kena rerajin kan diri nak buat semua tu. Wokey guys.??? Perut dah bunyi lagu Cody simpson  nie..Jom makan.
bye-bye. Selamat tengah hari.



(ha....ada gaya macam Model tak?? mesti tak kan..hahahha..perasan je.)










2 comments:

man yusoef said...

petua hilangkan parut jerawat ada tak?? lol!! XD

Aunie Hanis said...

ada2..cari je kat 101 petua tu..