Tips penjagaan rambut dan juga tips elak botak untuk lelaki

Assalammualaikum,
hihihih..lama nya tak update blog yang usang ni..fuuhhh.fuuuhhhh..
tetiba pulak rasa macam jari ni terlebih rajin pulak kan, padahal homework berlambak. tangan dok gatal nak bukak lappy, ini lah dugaan bebudak sekolah zaman sekarang, segalanya dihujung jari. kalau boleh homework tu pun nak buat secara online jugak..ekekeke
Ok lah tajuk yang agak menarik kat atas tu kan aku nak share lah sikit, rambut aku ala ala kerinting tapi macam malu-malu pulak nak kerinting kan..alah rambut ikal mayang lah katakan..bila rambut panjang tu mulalah malas nak jaga, tapi tak ada lah sampai rambut tu dua bulan sekali baru nak cuci..haish alamat nya kutu tu dah buat bandar and dah siap lantik datuk bandar lagi...ekekekke..sebenarnya petua ni aku dapat masa aku usha blogger femes ni ha, sapa tak kenal dengan HANIS ZALIKHA atau panggilan manje nya keknis.. usha punya usha jumpalah petua yang aku rasa berguna sesangat tuk rambut si ikal mayang and untuk lelaki, jangan risau..anda tidak di pinggirkan ok, keknis ni ada macam-macam petua yang berguna..petua paling best tuk laki ialah tips elak BOTAK hihi... nampak tak highlight kat situ.. 
LETS TAKE A LOOK

TIPS UNTUK RAMBUT SI IKAL MAYANG

1. Basuh rambut selang sehari.

2. Never basuh waktu pagi, waktu malam sahaja.

3. Sarung bantal satin.

4. Letak bedak di bantal sebelum tidur (untuk kurangkan minyak dan berbau harum).letak kat bantal ok..bukan kat rambut..ihihih..nanti rambut korang putih, boleh main nenek-nenek ngan adik-adik..ekekek

5. Jangan basuh rambut guna air panas. Kalau boleh guna ice lebih baik sebab semakin sejuk, semakin bersinar.

6. Selepas styling yang berat after hair show, basuh rambut guna perapi dulu, diikuti dengan shampu.

7. Selalu lindungi dari matahari (sebab I a.k.a keknis selalu pakai cap). Kalau tengok orang pakai tudung punya rambut, banyak yang sihat (hikmah).

8. Saya a.k.a keknis jarang letak produk rambut. Sangaat jarang.

9. Sejujurnya, saya a.k.a keknis tidak memiliki sikat. Kalau selalu sikat rambut menyebabkan kuasa statik menjadikan rambut frizzy. Macam letak kepala dekat dengan tv bila nak on. Kan meremang sikit haha.

10. Guna jari pun boleh. Sikat rambut guna jari masa mandi.

11. Jangan keringkan rambut guna pengering rambut atau tuala secara kasar. Lepas mandi, balut je dengan tuala, then agak-agak dah tak menitik air, buka tuala dan biar ia kering semulajadi.

12. Kalau pakai tudung, tak pernah pakai masa rambut basah.

TIPS ELAK BOTAK

Tips 1: JANGAN BIAR KULIT KEPALA BERMINYAK.
Ya, saya paham rambut awak pendek, jadi awak tak rasa rimas kalau tak basuh setiap hari atau selang sehari. Awak tak rasa rimas kalau 2-3-4-5 hari biar rambut tak bershampoo. Tapi... mak dan makwe awak rimas. Sebab kulit kepala awak berminyak dan (maybe) busuk. Pastu kulit kepala berminyaklah senang gila rambut nak gugur. Minyak = lubricant. OMG common sense injected kan. Jadi shampoolah rambut anda selang sehari.


Tips 2: JANGAN SIKAT RAMBUT MASA BASAH.
Rambut dan kulit kepala jadi lembut dan fragile waktu basah. Waktu tuh jugalah awak nak sikat ya? Mmmph.


Tips 3: JANGAN IKAT RAMBUT MASA BASAH.
Ini untuk yang rambut panjang. Janganlah ikat rambut masa basah. First of all, rambut fragile ditarik-tarik. Secondly, rambut jadi kepam sebab belum kering sudah dikumpulkan bersama. Thirdly, bila kepam, dandruff pun berkepuk-kepuk, menutupi liang rambut, jadilah rambut gugur! Suka lettew botak.


Tips 4: JANGAN GUNA SHAMPOO PEREMPUAN
Ada sebab shampoo kita semua bergender. Shampoo perempuan untuk rambut perempuan yang lembut dan tak selalu letak gel/miyak/wax. Jadi rumusan dia pun lemah lembut hewhewhew. Bila awak pakai kat rambut awak yang penuh wax tuh, memanglah tak luntur waxnya. Jadi masih tinggal sisa-sisa wax yang boleh sumbat liang rambut awak. Malah, bila awak cuci tak cukup bersih, susah nak rapikan/stylekan rambut tuh the next day.


Tips 5: PAKAI TOPI HANYA DI LUAR BANGUNAN.
Saje je.


Ok itu sahaja lah rasanya tips yang auni kongsi..nanti kalau auni ada tips yang baru yang auni jumpa masa jalan jalan dengan atok Google Auni kongsi dengan korang okayy...


SUMBER: Dipetik daripada blogger femes lagi ayu+lawa Kak Hanis Zalikha..

see her hair..jeles tau..haish..

5 comments:

mama_aqil said...

best la auni tips ni wpun dr keknis...heheheh....meh singgah umah saya.. Mama Aqil

mama_aqil said...

best la tips ni auni...walaupun dr keknis...hehehe...jom singgah umah saya plak... Mama Aqil

Aunie Hanis said...

hihihihihi..terima kasih..

Mohd Asyraf said...

asal x leh copy nih.. Alaa. kedekut betul

Aunie Hanis said...

hahhaha. mana ada kedekut